Borang Permohonan Kemasukan UiTM/UTM/UTC Sesi 2013/2014 Melalui Unifield Technology College
Kolej Teknologi Unifield
sejarahnya bermula dengan tertubuhnya sebuah Institusi Pengajian Tinggi
yang dikenali oleh Institut Yayasan Alor Gajah. Institusi ini
ditubuhkan pada 11 Julai 1997
Seterusnya
pada 11 Mei 2002, berdasar kepada pembangunan dan perkembangan positif,
institut ini telah menukar nama secara rasminya kepada Kolej Teknologi
Yayasan Alor Gajah.
Menerusi
perkembangan dunia pendidikan tinggi, Kolej Teknologi Yayasan Alor
Gajah ini telah diambilalih pada penghujung tahun 2009 oleh sebuah
syarikat yang kukuh namanya di sektor pendidikan tinggi KN Education
Sdn. Bhd. Pengambilalihan ini masih mengekalkan nama syarikat pengurus
iaitu YAG College Sdn. Bhd.
Pelbagai
peningkatan dan pembaharuan telah dicapai dibawah pengurusan baru iaitu
termasuk penukaran nama institusi kepada Kolej Teknologi Unifield,
yang mana telah diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 6
Januari 2011. Selain itu, institusi kami mula mengorak langkah dengan
menjalankan program sendiri iaitu Diploma Pengurusan Perniagaan dan
Diploma Pengurusan Perhotelan.
Kini
institusi kami pesat berkembang di dalam A.Famosa Resort, Alor Gajah,
Melaka iaitu di dalam sebuah kawasan pelancongan yang terkenal di
Melaka. Pihak kami juga telah menjalinkan kerjasama dengan A.Famosa
Resort bagi menjadi salah satu agensi atau badan yang mempunyai hubungan
langsung dengan program Diploma Pengurusan Perhotelan. Selain
ituA.Famosa Resort mengukuhkan lagi kerjasama dengan menawarkan peluang
pekerjaan kepada pelajar-pelajar kami.
Demi
memenuhi keperluan negara dari segi tenaga kerja dan kemahiran serta
kemajuan IT, keutamaan telah diberikan kepada kursus-kursus yang
berasaskan Sains dan Teknologi. Kolej ini juga dalam usaha untuk
memperlbagaikan bidang kursus dan meningkatkan lagi kemudahan
pembelajaran bagi memastikan ianya sejajar dengan kemajuan Sains dan
Teknologi terkini.
Selain
dari itu, program lain yang dikendalikan adalah usahasama Universiti
Teknologi Mara (UiTM) dan Program Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
yang dahulu dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan
(MLVK).
PROGRAM YANG DI TAWARKAN DI KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD
PROGRAM UiTM - DIPLOMA IN ACCOUNTANCY
No Kelulusan JPS :KP/(JPS)5195/IPTS/915(7)/ No Ruj MQA : KR10623
PENGENALAN:
Merupakan
program usahasama di antara Universiti Teknologi Mara(UiTM). Kursus ini
mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UiTM.
Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UiTM dan boleh
menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UiTM atau mana-mana
institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan
samada sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Perakaunan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar
boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UiTM atau mana/mana
IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan perakaunan, perbankan
dan sebagainya.
PROGRAM UiTM - DIPLOMA IN BUSINESS STUDIES
(BM 111)
No Kelulusan JPS :KP/(JPS)5195/IPTS/915(7)/ No Ruj MQA : KR10622
PENGENALAN:
Merupakan
program usahasama di antara Universiti Teknologi Mara(UiTM). Kursus ini
mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UiTM.
Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UiTM dan boleh
menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UiTM atau mana-mana
institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan
samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN:
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 5 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengajian Perniagaan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM).
PROSPEK KERJAYA:
Pelajar
boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UiTM atau mana/mana
IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan
dan sebagainya.
PROGRAM PENGAJIAN UMUM DAN SIJIL
PROGRAM UiTM - PRA PERDAGANGAN
Setelah
tamat dan lulus program pra perdagangan pelajar boleh meneruskan
pengajian di peringkat diploma di kolej bersekutu seperti berikut:
- Diploma Pengurusan Perniagaan
- Diploma Perakaunan
Syarat minimum ke Program Perakaunan
- Memperoleh PNG 3.50 atau lebih serta
- Mendapat gred B+ bagi BEL011 dan MAT037
PROGRAM UTM - DIPLOMA PENGURUSAN HARTA TANAH
(DDF 110)
PENGENALAN:
Merupakan
program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus
ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM.
Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh
menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana
institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan
samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengajian Harta Tanah oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar
boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana
IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan harta tanah
dan sebagainya.
PROGRAM UiTM - DIPLOMA PENGURUSAN TEKNOLOGI
(DDT 110)
PENGENALAN:
Merupakan
program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus
ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM.
Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh
menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana
institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan
samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Teknologi oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar
boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana
IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan teknologi
dan sebagainya.
PROGRAM UiTM - DIPLOMA SAINS KOMPUTER-MULTIMEDIA
(DDZ 110)
Merupakan
program usahasama di antara Universiti Teknologi Malaysia(UTM). Kursus
ini mengambil masa 6 semester dan penganugerahan akan dibuat oleh UTM.
Graduan dari diploma ini dianugerahkan sendiri oleh UTM dan boleh
menyambung pengajian keperingkat ijazah pertama di UTM atau mana-mana
institusi pengajian tinggi lain atau terus menceburi ke dunia pekerjaan
samada dalam sektor awam atau swasta.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian termasuk Bahasa Melayu/Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar yang lulus akan dianugerahkan dengan Diploma Sains Komputer Multimedia oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
PROSPEK KERJAYA :
Pelajar
boleh menyambung pengajian ke peringkat ijazah di UTM atau mana/mana
IPTA/IPTS lain dalam bidang yang berkaitan dengan sains komputer,
multimedia dan sebagainya.
PROGRAM DALAMAN - DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
(DBM 110)
No Rujukan JPS :KP(JPS)5195/IPTS/ 915(7) / No Rujukan MQA : PA00169
PENGENALAN:
Merupakan
program yang dibangunkan sendiri oleh Kolej Teknologi Unifield.
Dibangunkan bertujuan membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada
kepada pelajar supaya dapat menceburi bidang pengurusan dan perniagaan
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Perniagaan oleh Kolej Teknologi Unifield.
PROSPEK KERJAYA :
- yang tamat pengajian boleh menyambung pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, dalam atau luar negara.
- Graduan diterima bekerja samada dalam sektor awam atau swasta.
PENGURUSAN PERHOTELAN
PROGRAM DALAMAN - DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN
(DHM)
No Rujukan JPS :KP(JPS)5195/IPTS/ 915(7) / No Rujukan MQA : PA0010
PENGENALAN:
Merupakan
program yang dibangunkan sendiri oleh Kolej Teknologi Unifield. Tujuan
utama ialah membuka peluang tambahan kepada kursus sedia ada kepada
pelajar supaya dapat menceburi bidang pengurusan dan perhotelan.
SYARAT KEMASUKAN :
Lulus SPM atau setaraf dengannya dan mendapat 3 kepujian dalam mana-mana matapelajaran.
PENGANUGERAHAN:
Pelajar akan dianugerahkan dengan Diploma Pengurusan Perhotelan oleh Kolej Teknologi Unifield.
- Kami ingin membantu pelajar lepasan Spm yang tidak dapat UPU dan ini adalah peluang kedua untuk melanjutkan pengajian ke IPTA dengan program Diploma, sebarang prtanyaan boleh hubungi EN.Helmi 0176452067,EN.hafizi 0129056848
No comments:
Post a Comment